Wednesday, January 2, 2019

Tips buat kerja khusus PPISMP


Assalamualikum.

Ok hari ni Hanz nak share tips untuk buat kerja khusus untuk pelajar -pelajar yang baru memasuki kealam baru. Tak kesahlah maktab ke, universiti ke atau yang seangkatan dengan nya.

Tip buat kk(kerja khusus)

1.Bahasa
    Bahasa yang digunakan haruslah         menggunakan laras bahasa yang betul.
Korang kena pandai beza penulisan ilmiah dengan penulisan karya.
Penulisan ilmiahni dia cakap terus terang. Tidak perlu berbunga-bunga bagai.

2.Arial
Gunakan font Arial

3.Saiz
Saiz font 11 point.

3.Jarak antara baris
  Langkau 1.5 per baris

4. Plagiat
  Tidak DIBENARKAN sama sekali

5. Isi kandungan beserta muka surat

6.Letak nombor 1.0, 2.0 dan seterusnya di setiap kepala tajuk. Diikuti 1.1 untuk subtopik

7.Bold kan setiap tajuk di no.6 tadi atau gariskn tajuk (hanya pilis salah satu)

8.Ejaan
   Perlu betul mengikut kamus dewan.

9.Kesalahan tatabahasa
  Perlu dielakkan

10. Muka surat
     (untuk memudahkan kerja pensyarah)

11. Gambar rajah atau peta i-think
     Jika anda amik gambar dari internet pastikan anda ambil link dia sekali. (letakkan dibawah gambar)

12. Bibliografi
 Anda kena pastikan anda mengikut APA style.
-apa style ni adalah fomat untuk menulis bibliografi dengn dengan betul
-pastikan apa style yang korang rujuk tu betul mengikut university korang
Sebab dia ada versi Amerika ada versi England.

13. Sumber sahih
Dari majalah, kajian ,buku,jurnl ,surat khabar (perpustakaan mesti ada)

14. Kena ada menurut sapa.
Contoh korang nak ambil isi dekat sesuatu buku ni kan. Korang kene sertakan name pengarang dan tahun buku itu diterbitakan.

Contoh

Menurut Nik Safiah Karim (2014) Bahasa Melayu telah digunakan oleh orang Austronesia sebagi bahasa komunikasi mereka.


Ni sahaja yang saya sempat tulis.
Harap dapat membantu korang yang masih baru menceburi.😜







Tuesday, January 1, 2019

Assalamualaikkum..
Hari ni hanz nak share contoh kerja kursus Pengantar Bahasa Melayu (BMZ1034) 2018

Ni contoh soalannya.



Untuk jawapan sila tekan link dibawah

Contoh jawapan esei 2

Contoh Jawapan esei 1

Segala kesalahan ejaan ataupun bahasa amat dikesali
Harap korang maafkan   (^,^'')>


contoh esei 1 bmz 1034 ( fungsi BM dan bentu kata bahasa melayu)

 Contoh jawapan esei 1 bagi kerja kursus bmz 1034 (2018)

1.0 Pengenalan
Menurut Nik Safiah Karim (2014) Bahasa Melayu telah digunakan oleh orang Austronesia sebagai bahasa komunikasi mereka.Bahasa ini dikenali sebagai bahasa Melayu Purbadan kemudiannya dinamakan Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh daripada pedagang dari India. Bahasa ini kemudian menjadi bahasa lingua franca yang digunakan sebagai bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara orang yang berlainan bangsa di dunia dari abad ke-7 hingga ke-13.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) Bahasa ini kemudiannya diambil alih oleh bahasa Melayu Klasik pada abad ke-13 kerana kedatangan dan pengaruh agama Islam. Bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik dapat dilihat melalui peninggalan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu. Sejak itu, bermulalahperubahan dar segi kosa kata, struktur ayatdan bentuk tulisan . Selepas peristiwa itu berlaku pada abad ke-14 lahirlah kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan, pengaruh Islam sangat kuat ketika itu sehingga bahasa Melayu itu sendiri mengalami perubahan. Pada abad ke-19, bahasa Melayu Moden bermula, hasil karangan Abdullah Munsyi dianggap sebagai permulaan zaman ini. Bahassa Melayu moden mempunyai banyak pengaruh luar, antaranya termasuklah dari Arab , bahasa Cina dan bahasa Inggeris.

1.1 Fungsi Bahasa Melayu
Bahasa Melayu disebut sebagai bahasa bumiputera kerana bahasa ini merupakan bahasa penduduk asal negara ini. Khairuddin Mohammad (2014) bahasa Melayu mempunyai pelbagai fungsi termasuklah sebagai bahasa rasmi iaitu bahasa yang diberi status sedemikian secara sah oleh sesebuah negara. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun.  Semuanotis atau memorandum akan ditulis di dalam bahasa Melayu. Hal ni akan memudahkan semua pegawai berbilang kaum berbincang dan bersepakat dengan keputusan yang dibincangkan.

Seterusnya, bahasa ini berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang dapat memperlihatkan identiti nasional dan lambang bagi sesuatu bangsa dan negara. Bahasa ini dijadikan alat perhubungan dalam satu masyarakat yang besar. Berdasarkan Penyata Razak (1956) bahasa Melayu awalnya berfungsi sebagai asas bagi perjuangan kemerdekaan dan seterusnya menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa . Sehinggakini fungsi fungsi bahasa Melayu masih kekal sepanjang zaman.

Di sampingitu, bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa penghantar iaitu bahasa yang digunakan di sekolah dan maktab seperti yang tertera dalam Penyata Razak. Antara isi penyata ini termasuklah menerangkan bahawa semua peperiksaan awam di sekolah menengah dijalankan dalam bahasa rasmi negara sahaja. Hal ini bermaksud bahawa , semua pelajar aka memperolehi skop soalan dalam bahasa yang samawalauoun berbeza sekolah. Oleh itu, perpaduan boleh dipupuk dalam kalangan pelajar sejak dari awal lagi agar bahasa Melayu sebagai bahasa pertarafan tingg dapat direalisasikan.

Fungsi lain, termasuklah bahasa ilmu iaitu bahasa pengantar untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi termasuklah dalam bidang sains dan teknologi. Berdasarkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Bahasa ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah disediakan oleh kementerian melalui beberapa strategi. Antaranya termasuklah meningkatkan pengiktiraafan akademik bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu. Jelas sekali bahawa Unified Examination Certificate (UEC) yang ingin menjadikan bahasa Cina diiktirafkan sebagai syarat am kelayakan bagi memasuki institusu-institusi tiggi tidak wajar diiktiraf. Hal ini kerana, pengiktirafan inii akna meninggalkan kesan yang mendalam terhadap perpaduan seperti wujudnya jurang antara kaum dan perpecahan kaum kerana mereka akan menggunakan bahasa tersebut dengan lebh kerap untuk tujuan berlatih sehingga fasih dan bahasa Melayi akan dipinggirkan secara berperingkat.

Tuntasnya, kita sebagai rakyat seharusnya mengambil berat tentang isu bahasa Melayu yang berlaku di negara kita agar tidak di tindas atau terasa asng di bumi sendiri.


2.0 Bentuk Kata 
Penubuhan Dewan Bahasa Dan Pustaka telah diululuskan oleh Parlimen dan beperanan sebagai mana yang termaktub di dalam Ordinan DBP 1959. Antara kandungannya termasuklah menyamakan ejaan dan sebutan dan menggubal istilah-istilah yang bersesuai dalam bahasa kebangsaan. Bahasa ini akan terus berubah dari segi bunyi dan sebutan , pembentukan kata frasa dan ayat mengikut perkembangan aktif masyarakat itu sendiri.

Menurut Nik Safiah Karim (2015) bahasa Melayu mempunyai bentuk kata yangterdiri dari satu susunan beberapa morfemdan terdiri dari beberapa bentuk kata lain yang terdapat dibawah.


  1. Bentuk kata tunggal
  2. Bentuk kata terbitan 
  3. Bentuk kata majmuk
  4. Bentuk kata ganda
2.1 Bentuk kata tunggal
Kata tunggal adalah perkataan bahasa Melayu yang tidak menerima imbuhan atau mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Kebanyakkan kata tunggal  berpotensi untuk memperluas dan menjadi bentukterbitan. Kata tunggal terdiri daripada dua jenis iaitu:

  • Kata tunggal satu suku kata, vakal (V)
  • Kata tunngal dua suku kata atau lebih , konsonan (K) yang berbeza adalah seperti dalam jadual berikut


(sekiranya rajah kurang jelas boeleh rujuk buku tatabahasa dewan muka surat  ( 49-55)

2.2 Bentuk Kata Teritan.

Hashim Bin Haji Musa ( 2015) menyatakan kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan iaitu proses penambahbaikan atau penggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya melahirkan kata terbitan. Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

  1. Awalan (hadir sebelum kata dasar)
  2. Akhiran (hadir sesudah kata dasar)
  3. Apitan ( hadir diawal dan diakhir kata dasar)
  4. Sisipan (hadir dicelah kata dasar)
Imbuhan ialah morfem yang tidak boleh hadir sendirian dalam ayat dan harus digabungkan dengan kata dasar mengikut hukum yang ditetapkan dengan kata dasar mengikut hukum yang ditetapkan.

  • Imbuhan dengan kata dasar terbitan
                peN-  +   ketua                                  = pengetua

  • Imbuhan dengan kata dasar apitan
               peN-   +  kuat kuasa    + -an              = penguatkuasaan

Contoh ayat terbitan:
 Harimau merupakan binatang berdarah panas.

2.3 Bentuk Kata Majmuk
Bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu iaitu bahasa majmuk. Bahasa majmuk bertindak sebagai satu unit dan biasanya dieja terpisah tetepi terdapat beberapa pengecualian oleh sebab kelaziman penggunaan.
Contoh ayat majmuk
- Jalan raya itu sangat licin.

2.4 Bentuk kata Ganda
Kata Ganda ialah bentuk kata yang dihasilakn melalui proses mengulangi kata dasar. Proses tersebut terbahagi kepada dua iaitu sama ada melibatkan keseluruhan kata dasar yang disebut gandaan penuh atau jika melibatkan sebahagian kata dasar sahaja disebut sebagai penggandaan separa.
contoh:

Penggandaan penuh- budak-budak
Penggandaan separa- jejari
Penggandaan berentak - kuih muih

Contoh ayat;
- Budak-budak itu sedang bermain di padang
-Ibu membeli pelbagai jenis kuih muih di pasar

3.0 Penutup
Konklusinya , pihak kerajaan dan masyarakat harus bekerjasama untuk memartabatkan bahasa Melayu dlam kalangan masyarakat di Malaysia agar bahasa Melayu tidak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas mengikut peredaran zaman. Kita bole mengambil iktibar dari negara jiran iaitu Singapura, bahasa Melayu hanya diiktiraf sebagai bahasa rasmi tetapi majoriti penduduknya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. Untuk menggelakkan kejadian itu berulang , bahasa Melayu juga harus didedahkan secara menyeluruh keada kanak-kanak sejak kecil lagi tidak kira berlainan bangsa sekalipun. Hal ini, supaya kanak-kanak tersebut dapat dididik berinteraksi menggunakan laras bahasa Melay yang betul

4.0 Rujukan
 Abdul Rasyid Melebek (2005), Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distibutor Sendirian Berhad.
Khairuddin Bin Mohamad (2014), Bahasa Komunikatif, Puchong Selangor,Penerbit Multimedia.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood, Muhammad Salehuddin Aman & Abdul Ghalib Yunus (2016). Tatabahasa Dewan, Morfologi Bentuk Kata, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1 Edisi kedua, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sendirian Berhad.
 
 

bmz esei 2

Ni contoh jawapan Hanz untuk soalan bmz 2018

Contoh soalan bmz untuk esei 2.


1.0 Pendahuluan
Perkataan fonetik adalah dari bahasa Greek kemudiannya disebut sebagai phone yng bermaksud bunyi (suara) iaitu kajian tentang bunyi- bunyi percakapan manusia. Menurut Kamus Dewan (2007), fonetik meruaka ilmu bahasa linguistik  yang berkaitan dengan penyebut kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Menurut Raminah Haji Sabran (1984) menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Bagi Abrak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu , fonetik berusaha menentukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pecakapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.


1.1 Kaedah Fonetik
Dalam pengajaran kemahiran membaca bahasa Melayu terdapat beberapa faedah antaranya Kaedah Fonetik, Kaedah Pandang Sebut , Kaedah Abjad dan Kaedah Ajuk Hafaz. Kaedah bermaksud cara atau peraturan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti terutamaya yang bersistem. Menurut Husin Fateh Bin Din, bidang fonetik ini berkait dengan sifat fizikal bunyi, serat proses penghasilan fisiologi, penerimaan ouditori,dan persepsi neurofizikal. Fonetik merupakan kajian tentang unsur-unsur bunyi bahasa yang digunakan dalam pertuturan. Bunyi bahasa tersebut dikaji untuk membuat deskripsi  bunyi-bunyi sesuatu bahasa ,membuat pergolongan bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripnya. Kaedah ini amat sesuai untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak yang baru mengenal huruf. Untuk kanak-kanak peringkat ini amatlah sesuai menggunakan kaedah ini berbanding menggunakan kaedah lain kaedah lain bukan sahaja menimbulkan kesukaran kepada mereka malah mengelirukan dan membebankan memori mereka sahaja kerana lambat menguasai. 

Ahmat Tarop Bin Sumo berpendapat bahawa, kanak-kanak  perlu mengetahui bunyi-bunyi huruf dan mengingati dalam jangka masa panjang. Kanak- kanak harus mengenal huruf dari segi rupa, bentuk, cara tulis dan bunyi huruf tersebut. Selain itu, Ahmat Tarop menyatakn lagi bahawa kaedah ini harus dilakukan dengan bentuk peringkat. Sebagia contoh, kanak-kanak akan dilatih untuk membunyi huruf-huruf secara terasing dan kemudinnya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf yang lain bag membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

1.2 Cadangan Aktiviti kaedah membaca melalui Kaedah Fonetik.
Terdapat tiga aktiviti yang digunakan dalam kaedah fonetik ini, antaranya termasuklah latihan membunyikan huruf dan asonansi benda dan bunyi huruf, latihan membantang suku kata dan perkataan dan latihan membaca frasa dan ayat.
Membentuk perkaataan

Objektif: 1. Murid dapat menyebut suku kata dengan betul
               2. Dapat bekerja dalam berkumpulan.

Aktiviti: 1.Guru membahagi murid ke dalam kumpulan
              2. Guru akan edarkan suku kata yang ditulis diatas kad kepada muri-murid
              3. Seorang murid akan memperoleh huruf atau suku kata
              4. Guru akan melekatkan gambar-gambar berkaitan di papan putih sambil menerangkan cara                    penyebut
             5. Murid-murid akan bergerak mencari pasangan untuk membentuk perkataan di papan putih.


              BA       +      TU    =       BATU             






             


            RO        +      TI       =          ROTI



1.3 Kelebihan kaedah Fonetik berbanding dengan satu kaedah lain

Seperti yang kita ketahui, Kaedah Fonetik memerlukan kanak-kanak megenal huruf dari segi bentuk dan rupa manakala pandang sebut ialah kaedah yang memerlukan murid-murid menggunakan pancaindera untuk memandang dan menyebut sesuatu perkataan.

Sekiranya kanak- kanaktelah menguasai semua abjad, mereka akan boleh membaca dengan cepat tanpa gagap, berbeza dengan kaedah pandang sebut akan mengambil masa yang lama untuk murid mengenal bentuk huruf kerana kaedah ini memerlukan murid perkataan. Masalah ini akan muncul terhadap murid-murid yang lemah.


Selain itu, asonansi bunyi dan gambar mampu membantu mempercepatkan proses mengingat dalam kalangan kanak-kanak manakla dalam kaedah pandang sebut pula, murid akan terlalu bergantung kepada gambar untuk menyebut sesuatu perkataan yang ditunjukkan. Kaedah ini menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan lancar.

Disamping itu, dengan menggunakan kaedah fonetik, guru dapat menjimatkan masapembelajaran kerana guru tidak perlu memperkenalkan semua huruf dan konsonan sekali gus. Berbeza pula dengan kaedah pandang sebut, murid gagal meyebut perkataan baharu sebab tiada pendedahan. Hal ni kerana, guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengajar semua perkaan.

Walaubagaimanapun, Kaedah Fonetik ada juga beberapa kelemahannya sendiri. Antara kelemahannya termasuklah kaedah ini tidak sesuai untuk murid-murid yang 'slow learner'. Selain itu, murid perlu membuat persiapan awal sebelum membaca. Hal ini agak sukar kerana kenak-kanak lebih suka bermain dari mengulang kaji.

1.4 Kesimpulan
 Kaedah Fonetik menggunakan bunyi-bunyi vokal dan konsonan untuk memperkenalkan perkataan. Seorang guru haruslah bijak mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk pelajar ketika sesi pengajaran berlangsung sama ada kaedah fonetik, kaedah abjad atau kaedah pandang sebut. Hal ini kerana, setiap pelajar memiliki kebolehan yang berbeza, ada yang cepat faham dan sebaliknya. Guru seharusnya memastikan pengajarannya berkesan agar pelajarnya tidak ketinggalan.

2.0 Rujukan
 Ahmat Taropin Sumo et. al. (2013), Literasi Bahasa, Kuala Lumpur, Freemind Harizons
Hajah NoresahBinti Baharom et. al. (2007), Kamus Dewan , Kuala Lumpur, Bahasa dan Pustaka
Husin Fateh Din et. al. (2011) Literasi Bahasa Melayu, Selangor, Penerbit Multimedia.
Khairuddin Mohamad & Zaridah Ramli (2015), Literasi Bahasa Melayu Edisi Kedua , Kuala Lumpur, Oxford Fajar.
Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam (1989), Kajian bahasa untuk pelatih Maktab Perguruan, Petaling Jaya, Fajar Bakti
Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa Melayu Edisi Kedua, Kuala Lumpur, Oxford Fajar.