Tuesday, January 1, 2019

contoh esei 1 bmz 1034 ( fungsi BM dan bentu kata bahasa melayu)

 Contoh jawapan esei 1 bagi kerja kursus bmz 1034 (2018)

1.0 Pengenalan
Menurut Nik Safiah Karim (2014) Bahasa Melayu telah digunakan oleh orang Austronesia sebagai bahasa komunikasi mereka.Bahasa ini dikenali sebagai bahasa Melayu Purbadan kemudiannya dinamakan Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh daripada pedagang dari India. Bahasa ini kemudian menjadi bahasa lingua franca yang digunakan sebagai bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara orang yang berlainan bangsa di dunia dari abad ke-7 hingga ke-13.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) Bahasa ini kemudiannya diambil alih oleh bahasa Melayu Klasik pada abad ke-13 kerana kedatangan dan pengaruh agama Islam. Bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik dapat dilihat melalui peninggalan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu. Sejak itu, bermulalahperubahan dar segi kosa kata, struktur ayatdan bentuk tulisan . Selepas peristiwa itu berlaku pada abad ke-14 lahirlah kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan, pengaruh Islam sangat kuat ketika itu sehingga bahasa Melayu itu sendiri mengalami perubahan. Pada abad ke-19, bahasa Melayu Moden bermula, hasil karangan Abdullah Munsyi dianggap sebagai permulaan zaman ini. Bahassa Melayu moden mempunyai banyak pengaruh luar, antaranya termasuklah dari Arab , bahasa Cina dan bahasa Inggeris.

1.1 Fungsi Bahasa Melayu
Bahasa Melayu disebut sebagai bahasa bumiputera kerana bahasa ini merupakan bahasa penduduk asal negara ini. Khairuddin Mohammad (2014) bahasa Melayu mempunyai pelbagai fungsi termasuklah sebagai bahasa rasmi iaitu bahasa yang diberi status sedemikian secara sah oleh sesebuah negara. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun.  Semuanotis atau memorandum akan ditulis di dalam bahasa Melayu. Hal ni akan memudahkan semua pegawai berbilang kaum berbincang dan bersepakat dengan keputusan yang dibincangkan.

Seterusnya, bahasa ini berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang dapat memperlihatkan identiti nasional dan lambang bagi sesuatu bangsa dan negara. Bahasa ini dijadikan alat perhubungan dalam satu masyarakat yang besar. Berdasarkan Penyata Razak (1956) bahasa Melayu awalnya berfungsi sebagai asas bagi perjuangan kemerdekaan dan seterusnya menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa . Sehinggakini fungsi fungsi bahasa Melayu masih kekal sepanjang zaman.

Di sampingitu, bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa penghantar iaitu bahasa yang digunakan di sekolah dan maktab seperti yang tertera dalam Penyata Razak. Antara isi penyata ini termasuklah menerangkan bahawa semua peperiksaan awam di sekolah menengah dijalankan dalam bahasa rasmi negara sahaja. Hal ini bermaksud bahawa , semua pelajar aka memperolehi skop soalan dalam bahasa yang samawalauoun berbeza sekolah. Oleh itu, perpaduan boleh dipupuk dalam kalangan pelajar sejak dari awal lagi agar bahasa Melayu sebagai bahasa pertarafan tingg dapat direalisasikan.

Fungsi lain, termasuklah bahasa ilmu iaitu bahasa pengantar untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi termasuklah dalam bidang sains dan teknologi. Berdasarkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Bahasa ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah disediakan oleh kementerian melalui beberapa strategi. Antaranya termasuklah meningkatkan pengiktiraafan akademik bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu. Jelas sekali bahawa Unified Examination Certificate (UEC) yang ingin menjadikan bahasa Cina diiktirafkan sebagai syarat am kelayakan bagi memasuki institusu-institusi tiggi tidak wajar diiktiraf. Hal ini kerana, pengiktirafan inii akna meninggalkan kesan yang mendalam terhadap perpaduan seperti wujudnya jurang antara kaum dan perpecahan kaum kerana mereka akan menggunakan bahasa tersebut dengan lebh kerap untuk tujuan berlatih sehingga fasih dan bahasa Melayi akan dipinggirkan secara berperingkat.

Tuntasnya, kita sebagai rakyat seharusnya mengambil berat tentang isu bahasa Melayu yang berlaku di negara kita agar tidak di tindas atau terasa asng di bumi sendiri.


2.0 Bentuk Kata 
Penubuhan Dewan Bahasa Dan Pustaka telah diululuskan oleh Parlimen dan beperanan sebagai mana yang termaktub di dalam Ordinan DBP 1959. Antara kandungannya termasuklah menyamakan ejaan dan sebutan dan menggubal istilah-istilah yang bersesuai dalam bahasa kebangsaan. Bahasa ini akan terus berubah dari segi bunyi dan sebutan , pembentukan kata frasa dan ayat mengikut perkembangan aktif masyarakat itu sendiri.

Menurut Nik Safiah Karim (2015) bahasa Melayu mempunyai bentuk kata yangterdiri dari satu susunan beberapa morfemdan terdiri dari beberapa bentuk kata lain yang terdapat dibawah.


  1. Bentuk kata tunggal
  2. Bentuk kata terbitan 
  3. Bentuk kata majmuk
  4. Bentuk kata ganda
2.1 Bentuk kata tunggal
Kata tunggal adalah perkataan bahasa Melayu yang tidak menerima imbuhan atau mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Kebanyakkan kata tunggal  berpotensi untuk memperluas dan menjadi bentukterbitan. Kata tunggal terdiri daripada dua jenis iaitu:

  • Kata tunggal satu suku kata, vakal (V)
  • Kata tunngal dua suku kata atau lebih , konsonan (K) yang berbeza adalah seperti dalam jadual berikut


(sekiranya rajah kurang jelas boeleh rujuk buku tatabahasa dewan muka surat  ( 49-55)

2.2 Bentuk Kata Teritan.

Hashim Bin Haji Musa ( 2015) menyatakan kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan iaitu proses penambahbaikan atau penggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya melahirkan kata terbitan. Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

  1. Awalan (hadir sebelum kata dasar)
  2. Akhiran (hadir sesudah kata dasar)
  3. Apitan ( hadir diawal dan diakhir kata dasar)
  4. Sisipan (hadir dicelah kata dasar)
Imbuhan ialah morfem yang tidak boleh hadir sendirian dalam ayat dan harus digabungkan dengan kata dasar mengikut hukum yang ditetapkan dengan kata dasar mengikut hukum yang ditetapkan.

  • Imbuhan dengan kata dasar terbitan
                peN-  +   ketua                                  = pengetua

  • Imbuhan dengan kata dasar apitan
               peN-   +  kuat kuasa    + -an              = penguatkuasaan

Contoh ayat terbitan:
 Harimau merupakan binatang berdarah panas.

2.3 Bentuk Kata Majmuk
Bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu iaitu bahasa majmuk. Bahasa majmuk bertindak sebagai satu unit dan biasanya dieja terpisah tetepi terdapat beberapa pengecualian oleh sebab kelaziman penggunaan.
Contoh ayat majmuk
- Jalan raya itu sangat licin.

2.4 Bentuk kata Ganda
Kata Ganda ialah bentuk kata yang dihasilakn melalui proses mengulangi kata dasar. Proses tersebut terbahagi kepada dua iaitu sama ada melibatkan keseluruhan kata dasar yang disebut gandaan penuh atau jika melibatkan sebahagian kata dasar sahaja disebut sebagai penggandaan separa.
contoh:

Penggandaan penuh- budak-budak
Penggandaan separa- jejari
Penggandaan berentak - kuih muih

Contoh ayat;
- Budak-budak itu sedang bermain di padang
-Ibu membeli pelbagai jenis kuih muih di pasar

3.0 Penutup
Konklusinya , pihak kerajaan dan masyarakat harus bekerjasama untuk memartabatkan bahasa Melayu dlam kalangan masyarakat di Malaysia agar bahasa Melayu tidak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas mengikut peredaran zaman. Kita bole mengambil iktibar dari negara jiran iaitu Singapura, bahasa Melayu hanya diiktiraf sebagai bahasa rasmi tetapi majoriti penduduknya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. Untuk menggelakkan kejadian itu berulang , bahasa Melayu juga harus didedahkan secara menyeluruh keada kanak-kanak sejak kecil lagi tidak kira berlainan bangsa sekalipun. Hal ini, supaya kanak-kanak tersebut dapat dididik berinteraksi menggunakan laras bahasa Melay yang betul

4.0 Rujukan
 Abdul Rasyid Melebek (2005), Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distibutor Sendirian Berhad.
Khairuddin Bin Mohamad (2014), Bahasa Komunikatif, Puchong Selangor,Penerbit Multimedia.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood, Muhammad Salehuddin Aman & Abdul Ghalib Yunus (2016). Tatabahasa Dewan, Morfologi Bentuk Kata, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1 Edisi kedua, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sendirian Berhad.
 
 

No comments:

Post a Comment