Contoh soalan bmz untuk esei 2.
1.0 Pendahuluan
Perkataan fonetik adalah dari bahasa Greek kemudiannya disebut sebagai phone yng bermaksud bunyi (suara) iaitu kajian tentang bunyi- bunyi percakapan manusia. Menurut Kamus Dewan (2007), fonetik meruaka ilmu bahasa linguistik yang berkaitan dengan penyebut kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Menurut Raminah Haji Sabran (1984) menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Bagi Abrak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu , fonetik berusaha menentukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pecakapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
1.1 Kaedah Fonetik
Dalam pengajaran kemahiran membaca bahasa Melayu terdapat beberapa faedah antaranya Kaedah Fonetik, Kaedah Pandang Sebut , Kaedah Abjad dan Kaedah Ajuk Hafaz. Kaedah bermaksud cara atau peraturan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti terutamaya yang bersistem. Menurut Husin Fateh Bin Din, bidang fonetik ini berkait dengan sifat fizikal bunyi, serat proses penghasilan fisiologi, penerimaan ouditori,dan persepsi neurofizikal. Fonetik merupakan kajian tentang unsur-unsur bunyi bahasa yang digunakan dalam pertuturan. Bunyi bahasa tersebut dikaji untuk membuat deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa ,membuat pergolongan bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripnya. Kaedah ini amat sesuai untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak yang baru mengenal huruf. Untuk kanak-kanak peringkat ini amatlah sesuai menggunakan kaedah ini berbanding menggunakan kaedah lain kaedah lain bukan sahaja menimbulkan kesukaran kepada mereka malah mengelirukan dan membebankan memori mereka sahaja kerana lambat menguasai.
Ahmat Tarop Bin Sumo berpendapat bahawa, kanak-kanak perlu mengetahui bunyi-bunyi huruf dan mengingati dalam jangka masa panjang. Kanak- kanak harus mengenal huruf dari segi rupa, bentuk, cara tulis dan bunyi huruf tersebut. Selain itu, Ahmat Tarop menyatakn lagi bahawa kaedah ini harus dilakukan dengan bentuk peringkat. Sebagia contoh, kanak-kanak akan dilatih untuk membunyi huruf-huruf secara terasing dan kemudinnya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf yang lain bag membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.
1.2 Cadangan Aktiviti kaedah membaca melalui Kaedah Fonetik.
Terdapat tiga aktiviti yang digunakan dalam kaedah fonetik ini, antaranya termasuklah latihan membunyikan huruf dan asonansi benda dan bunyi huruf, latihan membantang suku kata dan perkataan dan latihan membaca frasa dan ayat.
Membentuk perkaataan
Objektif: 1. Murid dapat menyebut suku kata dengan betul
2. Dapat bekerja dalam berkumpulan.
Aktiviti: 1.Guru membahagi murid ke dalam kumpulan
2. Guru akan edarkan suku kata yang ditulis diatas kad kepada muri-murid
3. Seorang murid akan memperoleh huruf atau suku kata
4. Guru akan melekatkan gambar-gambar berkaitan di papan putih sambil menerangkan cara penyebut
5. Murid-murid akan bergerak mencari pasangan untuk membentuk perkataan di papan putih.
BA + TU = BATU
RO + TI = ROTI
1.3 Kelebihan kaedah Fonetik berbanding dengan satu kaedah lain
Seperti yang kita ketahui, Kaedah Fonetik memerlukan kanak-kanak megenal huruf dari segi bentuk dan rupa manakala pandang sebut ialah kaedah yang memerlukan murid-murid menggunakan pancaindera untuk memandang dan menyebut sesuatu perkataan.
Sekiranya kanak- kanaktelah menguasai semua abjad, mereka akan boleh membaca dengan cepat tanpa gagap, berbeza dengan kaedah pandang sebut akan mengambil masa yang lama untuk murid mengenal bentuk huruf kerana kaedah ini memerlukan murid perkataan. Masalah ini akan muncul terhadap murid-murid yang lemah.
Selain itu, asonansi bunyi dan gambar mampu membantu mempercepatkan proses mengingat dalam kalangan kanak-kanak manakla dalam kaedah pandang sebut pula, murid akan terlalu bergantung kepada gambar untuk menyebut sesuatu perkataan yang ditunjukkan. Kaedah ini menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan lancar.
Disamping itu, dengan menggunakan kaedah fonetik, guru dapat menjimatkan masapembelajaran kerana guru tidak perlu memperkenalkan semua huruf dan konsonan sekali gus. Berbeza pula dengan kaedah pandang sebut, murid gagal meyebut perkataan baharu sebab tiada pendedahan. Hal ni kerana, guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengajar semua perkaan.
Walaubagaimanapun, Kaedah Fonetik ada juga beberapa kelemahannya sendiri. Antara kelemahannya termasuklah kaedah ini tidak sesuai untuk murid-murid yang 'slow learner'. Selain itu, murid perlu membuat persiapan awal sebelum membaca. Hal ini agak sukar kerana kenak-kanak lebih suka bermain dari mengulang kaji.
1.4 Kesimpulan
Kaedah Fonetik menggunakan bunyi-bunyi vokal dan konsonan untuk memperkenalkan perkataan. Seorang guru haruslah bijak mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk pelajar ketika sesi pengajaran berlangsung sama ada kaedah fonetik, kaedah abjad atau kaedah pandang sebut. Hal ini kerana, setiap pelajar memiliki kebolehan yang berbeza, ada yang cepat faham dan sebaliknya. Guru seharusnya memastikan pengajarannya berkesan agar pelajarnya tidak ketinggalan.
2.0 Rujukan
Hajah NoresahBinti Baharom et. al. (2007), Kamus Dewan , Kuala Lumpur, Bahasa dan Pustaka
Husin Fateh Din et. al. (2011) Literasi Bahasa Melayu, Selangor, Penerbit Multimedia.
Khairuddin Mohamad & Zaridah Ramli (2015), Literasi Bahasa Melayu Edisi Kedua , Kuala Lumpur, Oxford Fajar.
Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam (1989), Kajian bahasa untuk pelatih Maktab Perguruan, Petaling Jaya, Fajar Bakti
Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa Melayu Edisi Kedua, Kuala Lumpur, Oxford Fajar.
Thank you Hanz !
ReplyDeleteSangat membantu :D
ReplyDelete